23 November 2021

ISU KENAL EMAK TAPI KAHWIN ANAK - SHIDEE AMBIL MASA BERBULAN BERBAIK DENGAN MAK MENTUA



"Ya saya memang terpalit kontroversi dulu dan saya tidak rasa apa-apa pun kalau ada orang nak korek cerita lama... korek la tak ada apa pun. Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mentua saya.

"Sebenarnya itu (tuduhan) tak ada, tak wujud pun. Tapi tak tahu la kalau mak mentua saya pada waktu itu ada hati dan perasaan dengan saya... itu terpulang hak dia. Tapi saya tak ada langsung perasaan dengan dia.

"Sekarang dah okay, saya tahu dia tu ibu mentua... saya tetap hormati dia sama macam ibu saya sendiri. Pada mulanya apabila dia marah kita tak perlu nak buat apa-apa. Sampai satu ketika, dia nak jumpa anak dia iaitu isteri saya, daripada itu saya cari cara nak perbaiki hubungan kami.

"Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan-bulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ni semua dah okay," itulah kata penyanyi Shidee mengenai cerita perkahwinannya yang kononnya tidak mendapat restu yang kini kembali mencuri perhatian peminat gara-gara kemunculannya di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar



Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Shidee atau nama sebenarnya, Rashid Abdul Wahab, 62, menjalani kehidupan peribadi dalam tempoh berkenaan apabila pada awal perkahwinannya ia mendapat tentangan ibu mertua.

Menjelaskan tentang persoalan itu, penyanyi lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' ini berkata dia bersyukur apabila segala kontroversi yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.

Untuk makluman, pada Februari 2010, Shidee mencetuskan kontroversi apabila perkahwinannya dengan wanita bernama Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tidak direstui ibu mentuanya, Jamaliah Hasan.


Kontroversi itu tercetus apabila Shidee pada awalnya dikatakan berkenalan dengan Jamaliah, namun selepas itu berhasrat mengahwini anak wanita itu. Shidee bagaimanapun menafikan dakwaan pernah menjalin hubungan dengan mak mentuanya sendiri.

Bercerita lanjut tentang hubungannya dengan mak mentua, Shidee berkata segala salah faham yang timbul sudah diatasi secara baik dan mereka kini mula hidup dengan harmoni. Ujarnya, dia tetap menghormati mak mentuanya sama seperti ibunya sendiri.

Hasil perkahwinan dengan Siti Fairunnisa, Shidee dikurniakan tiga orang cahaya mata.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: