23 November 2021

KERAP TAMPIL BERHIJAB, MALAH BERNIQAB - INI JAWAB LIZA ABDULLAH



Pelakon Liza Abdullah, 56, sejak kebelakangan ini sering kerap dilihat mengenakan hijab menerusi mana-mana program, termasuklah berniqab baru-baru ini.

Ditanya berhubung perkra tersebut, Liza atau nama sebenarnya, Norliza Abdullah berkata, dia memilih untuk tidak memperbesarkan hal berkenaan, sebaliknya meminta dititipkan doa yang baik-baik buat semua.

"Memang ada yang bertanya mengenai penampilan saya yang sesekali dilihat mengenakan niqab. Tetapi saya pilih untuk tidak memberikan kenyataan sama ada berpenampilan begini untuk meninggalkan industri atau dah tak nk berlakon lagi.

Klik untuk gambar besar



"Bimbang juga kalau apa yang dikongsikan akan disalah erti nanti. Sebab kalau berlakon pun saya tidak mengenakan niqab. Sebaiknya ia tidak perlu untuk dijadikan isu. Lebih baik kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua orang termasuk diri-sendiri.

"Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik ketika ini. Jadi tiada salah bila saya pakai niqab bersama pelitup muka. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan tambahan," katanya yang kini menjadi duta kepada satu jenama tudung.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: