23 November 2021

MASUK HOPSITAL AKIBAT MUNTAH BERTERUSAN - JANNA NICK HIDAP VERTIGO



Jika sebelum ini, kekasih pelakon Janna Nick iaitu pelakon Dini Schatzmann dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman, terkini pemenang Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-34 (ABPBH34) itu pula dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Difahamkan, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, disahkan menghidap vertigo berikutan keadaannya yang tidak berapa sihat dan mengalami muntah berterusan.

Dalam pada itu, Janna berkata doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi elakkan daripada terus muntah dan kembalikan selera makan.

Klik untuk gambar besar



"Doktor kata saya menghidap vertigo. Sebelum ini memang tak pernah ada simptom-simptom sebegitu. Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul. Bila berdiri lama sikit saja rasa nak pitam, kepala rasa sakit dan tak selesa. Rasa seperti di awan-awangan.

"Sekarang ini doktor dah check (periksa) dan bagi saya ubat yang sesuai dengan apa yang saya hadapi. Tadi pun dah selesai buat ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), jadi masih tunggu keputusan.

"Bila saya boleh keluar dari wad itu belum tahu lagi. Sebab doktor masih pantau dan beritahu saya perlukan rehat secukupnya," kata Janna yang memuat naik perkongsian di laman Instagram dimana ia memaparkan dirinya berada di sebuah hospital namun memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: