25 November 2021

"JIKA INGIN MEMBANTU, BELAJAR MEMAHAMI... BUKAN COMMENT & COMPLAIN" - ELYANA



"Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan Healthy Food, Fresh, Real Food, sayur, buah, No sugar, no salt, exercise, makan suppliment itu dan ini..

"Saya dah sakit lebih 10 tahun. Lebih 20x chemo.. lebih 30x radiotherapy. Apa yang saya tak pernah lakukan? Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun?

"Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan.. macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat. Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera. Berubat semua ceruk orang bagitahu saya pergi.

"Pada pendapat saya yang pernah hilang nikmat selera makan, makan la selagi Allah kurniakan kita nikmat makan.. Tapi berpada-pada.. makanan yang kita makan ni, Alhamdulillah Halal... Sebelum makan, kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.

Klik untuk gambar besar



"Sesungguhnya hanya Allah Maha Penyembuh. Tapi.. jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya explain selagi kamu tidak merasai nya sendiri.

"Beza kalau kita ni pernah jaga / kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit. Beza... Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami.. Bukan menghakimi dalam comment dan complain. Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.

"Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain. Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada Superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.



"Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air even telan air liur pun sakit...

"Muntah.. ketakutan.. seluruh badan rosak.. susah bercakap... tumpah darah bertahun2.. nak duduk berdiri sakit.. nak jaga keluarga, nak cari duit.. berfikir.. tak boleh tidur..

"Nak selalu tersenyum depan anda.. Berat... terlalu berat. Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasainya sendiri," demikianlah luahan perasaan penyanyi dan pelakon Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, susulan ujian yang dihadapinya ketika ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 2011 tahun lalu itu meluahkan bahawa ianya bukan satu perkara yang mudah buat seorang pesakit sepertinya untuk menjaga orang lain, termasuk diri sendiri.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: