25 November 2021

DIEJEK TETAMU HOTEL - AZWAN ALI MENGAMUK, BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



"Telinga aku belum pekak. Jangan main-main dengan aku, aku viralkan video ni baru kau tahu siapa aku," kata selebriti sensasi, Azwan Ali yang meluahkan rasa bengang apabila sekumpulan tetamu yang dikatakan telah mengejeknya beberapa kali, ketika dia menginap disebuah hotel peranginan di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Dikenali ramai sebagai seorang lantang menyuarakan sesebuah isu dalam mahupun luar negara dan juga perkara yang melibatkan dirinya, Azwan atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA berkata sejurus selepas itu, dia terus pergi ke tetamu terbabit dan menegur secara terbuka serta berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Meskipun dalam keadaan marah, Azwan Ali tidak lupa untuk memuji tindakan pihak hotel yang memastikan keselesaan serta keselamatan dirinya sepanjang menginap di tempat itu. Difahamkan, selebriti terbabit berada disana atas tujuan untuk menjayakan promosi sebuah kedai emas di sana.

Klik untuk gmbra besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: