25 November 2021

"SEMALAM GENAP 2 MINGGU PANTANG..." - FIDA KONGSI PERKEMBANGAN TERKINI SELEPAS KEGUGURAN



"Alhamdulillah terima kasih En Suami yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua. Banyak perkara yang kami tak tau dan sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami.

"Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara. Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yg tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.

"Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. *gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang," tulis penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim yang menzahirkan ucapan terima kasih buat suaminya, Shahzemir Shahzulkarib yang banyak membantu sepanjang tempoh pantang, selepas dua minggu mengalami keguguran.

Klik untuk gambar besar



Rafidah atau sinonim disapa Fida memuat naik foto serta perkembangan dirinya menerusi satu hantaran terkini di laman Instagram. Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.

Untuk makluman, Rafidah, 37, yang sah bergelar isteri dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37 pada 5 Mei lalu itu memaklumkan telah mengalami keguguran cahaya mata sulungnya pada 14 November lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: