10 November 2021

JURUKAMERA POSITIF - ROSYAM NOR AKUI SUKAR JANGKA SEBAB PATUHI SOP



Selepas menjalani ujian saringan kesihatan, kelmarin, jurukamera syarikat penerbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd milik pelakon dan penerbit Rosyam Nor, disahkan positif Covid-19.

Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, penggambaran membabitkan produksi itu terpaksa dihentikan selama empat hari dan kru yang negatif kembali semula ke lokasi pada Sabtu ini. Menurut Rosyam, pihaknya akan memberi fokus kepada simptom seperti demam

"Kita memang mematuhi segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) namun perkara begini sukar untuk dijangka. Setiap kali sebelum masuk lokasi, memang semua pelakon dan kru produksi perlu menjalani ujian saringan.

"Seorang jurukamera saya disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kelmarin, namun syukur kerana tidak berjangkit kepada pelakon dan kru lain. Semuanya sudah menjalani ujian dan keputusannya negatif.

Klik untuk gambar besar



"Mengikut syarat yang ditetapkan, kita berhenti penggambaran selama empat hari. Ini adalah langkah yang diambil oleh pihak saya untuk memastikan tiada sesiapa di set penggambaran yang dijangkiti.

"Covid-19 adalah penyakit yang bukan boleh dilihat dengan mata kasar, jadi apa yang boleh difokuskan seperti simptom demam dan sebagainya. Susah hendak mengambil langkah berjaga-jaga dan sebagainya," katanya.

Terdahulu, syarikat produksi RadiusOne dan Creative Skills mengesahkan berlaku penularan wabak itu di lokasi penggambaran mereka.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Rosyam memberitahu filem sequel Hong Kong iaitu 'G Storm' lakonannya bersama Loius Koo bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Disember depan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: