10 November 2021

MOHON DOA, MINTA MAAF - REEN RAHIM MASUK HOSPITAL?



"Bismillah... doa kan Reen k. Mintak maaf pada semua yang Reen terpaksa cancel metting, event and sebagainya for this week," itulah tulis pelakon Reen Rahim dengan memuat naik satu hantaran dalam laman Instagram miliknya berkenaan status terkini kesihatannya.

Dalam hantaran tersebut, memaparkan tangan kiri Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim, yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Peminat dan rakan artis kepada pelakon 'Keluarga Instafamous' itu turut menitipkan doa agar Reen diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh dari sebarang penyakit.

Ada juga yang memberi nasihat agar Reen mendapatkan rehat yang secukupnya kerana menebak dia mungkin dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.

Sebelum ini, Reen pernah disahkan positif Covid-19 pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: