10 November 2021

LETAK KE TEPI DAKWAAN CURANG - ISMAIL IZZANI GEMBIRA LIHAT SHALMA LEBIH POSITIF



"Saya gembira melihat Shalma kini menjadi lebih positif dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta melakukan aktiviti bersama rakan-rakannya. Setakat ini, saya tidak nampak jalan untuk kembali ke pangkuan Shalma. Selagi belum bersedia, saya tidak akan kembali pada Shalma.

"Lagipun, saya penat membuktikan saya tidak mahu mengulangi kesilapan lagi. Saya juga penat menyakiti hati sesiapa. Ini adalah masa untuk saya mencari diri sendiri. Seandainya sudah bersedia, saya pasti menyayanginya semula.

"Jadi, saya kini ingin fokus pada keluarga dan kerjaya," kata penyanyi Ismail Izzani, 21, yang meletakkan soal curang ke tepi kerana punca utama dia dan kekasih, Shalma Eliana, 21, berpisah adalah kerana mereka masih terlalu muda.

Ismail berkata, dia dan Shalma mengenali dalam tempoh yang agak lama, jadi sudah tentu masih menyayanginya: "Shalma cukup bermakna dalam hidup saya, malah banyak mengajar dan mengubah diri saya menjadi insan lebih baik," tutur anak kepada penyanyi popular era 1980-an, Datin Suliza Salam itu.

Klik untuk gambar besar



Ditanya sejauh mana kebenaran cincin berlian tanda janji setia yang dihadiahkan kepada Shalma dibuang, Ismail berkata, dia dan Shalma bersepakat membuangnya ke dalam sungai.

"Ada satu perkara yang terjadi kepada cincin itu. Saya dan Shalma pergi berkhemah bersama beberapa rakan. Semasa di sungai, saya cakap dengan Shalma, apa kata kita buang sahaja cincin ini. Itulah detiknya. Ia mungkin momen yang sukar buat kami, tetapi hikmahnya, menjadikan Shalma lebih bermotivasi," ujarnya.

Untuk makluman, Ismail dan Shalma mula mengenali hati budi sejak di bangku sekolah pada 2014 dan bibit cinta antara mereka mekar empat tahun kemudian. Namun, perhubungan yang terjalin selama tujuh tahun itu terlerai tanpa diduga selepas mempunyai perancangan membawa hubungan ke peringkat lebih serius.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: