11 November 2021

ZAROL ZARIF BINGUNG CAT FARISH 'NAIK HANTU': "SAYA TAK MUAT NAIK DI MANA-MANA PUN"



"Sejujurnya saya tak tahu kenapa abang Cat cakap macam itu sedangkan video 'prank' itu saya tak muat naik di mana-mana pun. Saya faham kenapa abang Cat marah tapi kenapa dia nak bangkitkan semula isu itu sebab semuanya sudah selesai waktu itu juga.

"Apa pun, saya hormat abang Cat. Walaupun ada isu antara kami tapi dia tetap profesional selesaikan kerja," itulah perjelasan bekas peserta program Akademi Fantasia 2016, Zarol Zarif yang meluahkan rasa bingung terhadap penyanyi rap Cat Farish yang secara tiba-tiba 'naik hantu' mengenai video 'prank' yang dirakamnya kerana jelasnya video itu tidak dimuat naik di mana-mana platform media sosial.

Dalam pada itu, Zarol, 29, memberitahu dia memilih Cat untuk bekerjasama menerusi lagu terbaharunya berjudul Kan Kan kerana meminati hasil kerja ahli kumpulan Ruffedge berkenaan.

Klik untuk gambar besar



"Saya memang minat hasil kerja abang Cat. Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima. Lagu-lagu dia pun jenis yang 'catchy' dan sedap untuk didenga. Sebab itu saya pilih dia. Saya pun dah tiga tahun tak keluar lagu. Untuk buat kemunculan semula ini, saya pilih orang yang betul-betul sesuai. Sebab itu saya pilih abang Cat," katanya lagi.

Terdahulu, Cat meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi yang dianggap sekadar membuang masa ketika datang ke studio bagi merakamkan lagu baru-baru ini. Namun, video itu tidak menyebut nama individu terbabit selain menasihati penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan bahan atau kandungan untuk saluran YouTube miliknya. Malah, dia juga menasihatkan Zarol untuk bersikap lebih serius ketika bekerja.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: