11 November 2021

LASAK SEJAK KECIL - REEN RAHIM JALANI MINOR OPERATION TULANG BELAKANG SENGET



Pelakon Reen Rahim menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan dirinya sedang dimasukkan ke hospital. Status tersebut mengundang rasa risau dikalangan rakan artis dan peminat.

Terbaru, menerusi hantaran terkini di Instagram, Reen telah menjelaskan sebab mengapa dia berada di Hospital. Menurut pelakon drama, 'Keluarga Instafamous' ini lagi, dia sebenarnya baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian tulang belakangnya yang dilaporkan berada di kedudukan yang agak senget pada Rabu.

Dalam masa sama, Reen turut memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa berdiam diri berikutan kesan bius yang masih dirasainya sejak semalam.

"Assalamualaikum semua. Minta maaf sangat tak respok text semua orang. Dari tadi Reen mabuk bius. Bangun tidur, bangun tidur dari tadi. Ni macam dah okay sikit.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya Reen kena jalankan minor operation tengah hari semalam sebab lasak sangat daripada kecil. Tulang belakang senget sikit. Nothing serious," tulisnya.

Reen turut menambah, masalah tulang belakang yang dialaminya itu berpunca daripada tindakannya yang sering berkelakuan lasak sejak daripada kecil. Bagaimanapun, Reen memberitahu, dia berkemungkinan besar akan dikeluarkan ke hospital dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

"Esok lusa dah boleh keluar dah. Next week boleh lasak balik InsyaAllah. Ah ghisau jangan ghisau sangat. InsyaAllah Reen okay tak lama lagi. By the way korang tolong doakan esok pagi-pagi doktor bagi Reen balik rest dekat rumah. Nak katil dan bantal yadak Reen. Bius dah habis. Macam mana nak tidur ni. Masak lah," kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa terkejut selain turut mendoakan semoga Reem lekas sembuh daripada pembedahan tersebut.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: