11 November 2021

BILA RAMAI LUAH PELIK ADIBAH NOOR MASUK GV8



Semua sedia maklum mengenai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal bermula 21 November depan. Ramai yang meluahkan rasa teruja dan tidak sabar selepas peserta-peserta program realiti popular itu didedahkan.

Namun begitu, ada juga yang pelik kenapa Adibah Noor boleh menyertai GV8 sedangkan dia seorang penyanyi hebat dan banyak pengalaman. Malah, kata mereka, Adibah sepatutnya menjadi juri bukannya peserta.

"Kenapa Adibah Noor ada kat situ?" - "Patut jadi juri kan." - "Dia pun dah banyak pengalaman.. dia boleh dikatakan artis tak sendu.. masih berlakon.. maybe nak menyanyi balik kot ya." - "Kan. Emmm maybe nak timba pengalaman kot," itulah antara komen-komen netizen.

Sementara itu, Adibah mengakui sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia membuat kemunculan semula ke pentas nyanyian. Akui rasa gemuruh untuk bersaing dengan peserta-peserta lain, Adibah berkata, dia menjadikan kerisauan itu sebagai satu cabaran.

Klik untuk gambar besar



"Saya akui peserta-peserta yang ada memang berpengalaman. Saya rasa kami akan bersaing secara sihat. Lumrah pertandingan memang ada menang dan kalah. Tak betullah kalau saya tak ada sekelumit harapan untuk menang atau berada tiga teratas.

"Tapi at the same time, kami semua kena reda apa yang terjadi nanti sebab ini pertandingan. Mental pun dah ready dengan apa yang berlaku," ujar penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' ini.

Adibah yang dikenali sebagai selebriti yang lantang bersuara itu bersedia menerima kritikan daripada juri profesional apabila bersetuju menyertai GV8. Tambahnya, dia akan cuba menjadikan kritikan yang diterima sebagai proses pembelajaran dan membaiki setiap persembahannya.


Menurut Adibah, 51, dia terbuka jika persembahannya di pentas nyanyian itu dinilai oleh juri-juri profesional seperti Datuk Syafinaz, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang sememangnya mempunyai kredibiliti dalam bidang muzik.

"Saya terima dihakimi secara terbuka kalau saya berani buat saya kena berani terima. Kalau sebelum ni saya selalu jadi juri, lepasni saya kena terima tempat tu untuk dihakimi.

"Kalau misalnya yang mengkritik itu saya fikir tidak berada di tahap yang sepatutnya mungkin saya akan ambil acuh tak acuh. Tapi mereka (juri tetap) mempunyai kepakaran dan ada value dalam setiap komen yang dibuat.

"Orang tahu saya orang yang selalu protes, bising dan kuat complain. Sekarang ni saya akan jadi anak murid yang baik, saya akan ikut dan cuba belajar. Kalau benda tu saya tak boleh ikut saya akan beritahu. Hati pun dah tebal sebab yang kritik tu kita kenal dan kita sanjung, mereka memang pakar dalam hal nyanyian," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: