11 November 2021

ABANG ISA KHAN, MILLER SELAMAT BERNIKAH DENGAN FARINA REBECCA DI BALI



Abang kepada pelakon Isa Khan iaitu Miller Khan yang mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia itu telah pun selamat bergelar suami kepada pereka fesyen, Farina Rebecca pada Rabu.

Difahamkan, Miller dan pasangannya itu diijabkabulkan dalam sebuah upacara yang diadakan di Conrad Bali secara tertutup, dengan dihadiri kawan-kawan rapatnya.

Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan dilihat kacak mengayakan pakaian tradisional Betawi. Sementara, Farina pula memilih untuk mengayakan kebaya putih bersama kain berwarna gelap dan selendang putih.

Miller menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi gambar-gambar 'prewedding'. Rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan itu dalam melayari alam rumah tangga.

Pada 11 Mac lalu, Miller membuat kejutan melamar kekasihnya itu ketika di atas helikopter.

Klik untuk gambar besar












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: