"Mungkin ramai yg tidak tau, sampai la kita sendiri sudah berada di luar negara, yg kebanyakan airlines dan kebanyakkan negara lain tidak diskriminasi tentang vax ni... jgn mudah percaya berita2 palsu atau berita mulut ke mulut kerana itulah mulanya FEAR MONGERING, ambik dan tidak ambik itu adalah hak masing2... jadi pls Respect each other decision and stop discrimination sesama kita," tulis pelakon Lana Nodin menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Lana memuat naik video yang memaparkan situasi di mana seorang pramugari terpaksa menenangkan wanita yang enggan duduk bersebelahan dengan individu tidak divaksin. Wanita itu kemudian diarahkan keluar daripada pesawat oleh kapten bertugas kerana telah menganggu ketenteraman awam.
"Sama ada vaksin atau tidak vaksin, kita patut menghormati antara satu sama lain dan nampaknya anda mengalami kesukaran untuk melakukan perkara itu, sila tinggalkan penerbangan ini..," kata kapten tersebut.
Situasi berkenaan kemudiannya mendapat tepukan gemuruh daripada penumpang yang berada dalam pesawat berikutan sifat kapten tersebut yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah itu.
Klik untuk gambar besar
Ujar pelakon drama 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' ini lagi, syarikat penerbangan di luar negara lebih mengamalkan sikap terbuka dan tidak mendiskriminasi orang yang tidak mengambil vaksin.
Katanya, masyarakat harus berhenti menyemai amalan 'fear mongering' atau menakut-nakutkan orang lain hanya kerana mereka memilih untuk tidak mengambil vaksin.
Dalam pada itu, Lana berkata bahawa pengambilan suntikan tersebut adalah hak individu dan masyarakat haruslah menghormati pendirian orang lain.
KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON
________________________
No comments:
Post a Comment