03 November 2021

SEBULAN TAK SEBUMBUNG - ISTERI SHUK NEKAD FAILKAN CERAI SELEPAS 5 TAHUN BERTAHAN



"Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama. Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat?

"Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang. Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya," demikianlah kata isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa.

Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah ketika dihubungi berkata, selepas hampir lima tahun berhadapan konflik rumah tangga yang tidak berkesudahan, dia nekad untuk bercerai. Ujar Rossa, dia tidak peduli apa pendapat atau pandangan orang luar kerana dia yang hadapi semuanya sendiri.

"Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.

Klik untuk gambar besar



"Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat," jelas Rossa yang tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain di Pulau Pinang apabila diajukan persoalan itu oleh netizen di laman Instagram.

Rossa sebelum ini turut memuat naik mesej peribadi bersama seorang pengguna media sosial yang memaklumkan ternampak Shuk bersama seorang wanita di Pulau Pinang.

Untuk makluman, Rossa dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: