03 November 2021

TAHUN HADAPAN - SAHARUL RIDZWAN PASANG IMPIAN MAHU TUNAIKAN HAJI



Pelakon Saharul Ridzwan yang sebelum ini dilihat semakin mendekatkan diri dengan Allah itu merancang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun depan. Saharul atau nama penuhnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, berkata menunaikan rukun Islam kelima itu merupakan impian terbesarnya.

Pelakon 'Hati Perempuan' itu berkata perancangannya untuk tahun hadapan lebih kepada luar dunia lakonan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikannya, salah satunya adalah untuk menunaikan haji.

Sementara itu, Saharul yang sudah lapan tahun bergelar seorang pelakon itu sedar bahawa jangka hayatnya sebagai hero drama tidak akan kekal lama kerana akan banyak kemunculan ramai pelakon baharu dan faktor usianya juga bakal menjadi kekangan untuknya kekal diposisi hero.

Klik untuk gambar besar



"Jangka hayat seorang hero memang tidak akan lama. Sekarang saya sudah berusia 33 tahun berapa tahun sahaja lagi saya boleh memegang watak hero. Usia tidak akan menunggu saya, nanti muka juga berubah. Hakikatnya, watak hero di Malaysia memang ada hadnya. Tiada orang tua jadi hero di Malaysia," ujarnya.

Menurut Saharul, dia sedang giat melakukan persediaan sebagai jaminan masa depan dengan melebarkan empayar perniagaannya dan bakal membuka sebuah perniagaan francais yang akan diusahakan bersama pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: