03 November 2021

ROSLAN SHAH PULANGKAN DUIT SEDEKAH RM1,000 - IQBAL JELASKAN SITUASI 'PIJAK DUIT'



"Assalamualaikum semua... Disini saya nak menjawab satu video yang telah viral berkenaan ada satu video yang saya sepak duit. Ada berlaku banyak silap faham diluar kuasa saya untuk mengawalnya.

"Jadi situasinya begini. Ketika itu di Rusa Music Production dalam studio, saya bersama dengan ada lima orang artis lain datang ke studio untuk buat content dan ketika video itu dirakam, duit memang dah berterabur diguna oleh artis-artis yang lain. Jadi bukan saya yang taburkan duit dan itu pun bukan duit saya, malah duit itu semua bukan duit betul.

"Duit semua tu palsu sebagai prop untuk mereka buat content-content dan saya hanya bercakap bersama kawan-kawan artis disana. Bersembang macam biasa, santai dan tidak sangka video itu dirakam dan di post. Tapi saya tak salahkan video itu di post, cuma kelakuan saya tu menampakkan seolah saya ni tidak bersyukur dan terlalu tidak baiklah dan saya tak tahu nak buat buat macam mana sebab video tu tersebar... sedangkan saya kalau nampak duit sepuluh sen depan mata pun.. saya tak akan langkah duit tu dan tak akan pijak. Malah kalau saya jumpa duit tu dibawah katil saya akan letak di atas.

Klik untuk gambar besar



"Orang pun kata kalau duit palsu, tak elok buat macam tu sebab ada nama tulisan jawi, ada gambar semua tu kan.. Duit tu sebenarnya dah dibuang tulisan yang sensitif, gambar sensitif dah blurkan dan diubah gambar pun sebenarnya... Saya tak marah apabila orang mengeluarkan kenyataan, text saya berkata macam-macam sebab apa yang netizen terima tu begitu dan memang layak dikecam kalau begitulah ceritanya.

"Waktu saya dudukkan situ, ramai lagi yang artis-artis lain cuba langkah duit tu lalu kan duit situ sambil menyanyi semua... cuma terkena pada saya sebab sebelum ini kan saya ada pernah buat content dekat sini yang saya ada baling duit. Ingat tak apa yang saya katakan semasa saya buat duit tu saya tabur duit tu... itu duit betullah. Sambil baling duit tu saya kata "ingatkan saya tidak ada maruah ke nak duit orang... ingatkan saya tidak boleh bekerja ke?"



"Saya maafkan apa yang korang kata tentang saya sebab benda ini tidak boleh dikawal dan sebegitu orang lihat sampai saya dimaki-maki. Saya nak kata sedih tu... saya dah kalis dan penat dah dengan sopannya tapi semua tak berkesan.

"Sampai satu tahap kesabaran kita sekian bertahun-tahun. Benda tu asah dan diajar pada masyarakat menjadi lekat di kepala orang. Tulah saya bertindak sedemikian dan saya akui benda tu tak elok dan saya tidak akan buat lagi," itulah perjelasan yang diberi oleh Iqbal Zulkefli menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram.

Sementara itu, personaliti TV dan usahawan, Roslan Shah menerusi Instagram berasa terpanggil untuk menegur sikap Iqbal yang tular di media sosial semalam kerana tindakannya memijak-mijak duit di lantai. Tindakan Iqbal itu menurut Roslan sangat tidak menghormati rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T dan akan menunjukkan sifat dan tauladan yang tidak baik kepada orang awam.



"Orang waras saja boleh menilaikan duit tidak boleh dipijak-pijak kerana apa yang kita dapat kita kena bersyukur dan duit adalah sumber rezeki diterima dari tangan bukan kita pijak dengan kaki. Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga sebenarnya tetapi akhir zaman sekarang duit pun sanggup untuk dipijak-pijak," ujarnya.

Kata Roslan lagi, Iqbal tidak sepatutnya bertindak sedemikian dan lebih beradab serta tidak sewenang-wenangnya mencari publisiti dengan cara mengaibkan diri sendiri. Malah, Roslan juga berhasrat untuk memulangkan kembali wang bernilai RM1,000 pemberi Iqbal kepadanya kerana sudah tidak 'berkenan' dengan sikap bekas kekasih DS Vida itu.

"Maaf, duit yang Iqbal kasi kepada Cikl Lan tempoh hari tu Cik Lan akan pulangkan RM1,000 ya. Mencari perhatian dan untuk popularkan diri semuanya boleh saja, cuma bab pijak duit Cik Lan sangat tidak berkenan dan adalah salah dalam agama," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: