30 November 2021

"MAKAN SAYA KENA BAYAR... ROKOK PUN MINTA BELIKAN" - UPIAK SERIK DIDEKATI LELAKI MATA DUITAN



"Janganlah lelaki-lelaki yang nak dekati ini berasakan yang saya ini banyak duit. Saya cari duit untuk makan, bayar segala bil, segala hutang dan berikan kepada orang tua. Jangan memandang saya ini kaya. Sebelum ini saya kenal dengan beberapa orang lelaki yang bersikap begitu. Sampaikan makan pun saya yang selalu kena bayar.

"Kalau saling memberi, saling menerima, okay la juga. Kalau rokok pun minta saya yang belikan, tak mahulah saya," ujar penyanyi Indonesia Upiak Isil yang sudah enam tahun hidup menjanda, mengakui dia sudah serik didekati lelaki mata duitan dan gemar mengambil kesempatan terhadapnya.

Menurut penyanyi berusia 37 tahun ini, keadaan itu menyebabkan dirinya tidak selesa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki. Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tak Tung Tuang' ini menjelaskan bahawa keputusan untuk bercerai sebelum ini bukanlah atas permintaan bekas suaminya.

Klik untuk gambar besar



"Saya yang ikhlaskan dia untuk mencari wanita lain kerana diri terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Keputusan berpisah dicapai bersama. Sebab dia pun memang mahu isteri yang cuma duduk di rumah, yang mana saya tak boleh pikul tanggungjawab itu.

"Rumah tangga yang dibina pada tahun 2013 itu cuma bertahan selama empat tahun saja. Jodoh kami tak panjang dan tidak juga punya anak. Khabarnya, dia juga sudah bernikah dengan wanita lain," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: