30 November 2021

EBBY YUS KINI SEMAKIN BAIK, SELEPAS DISERANG SAKIT JANTUNG DALAM 'FLIGHT'



Keadaan kesihatan pelawak Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 65, kini semakin baik, selepas mengalami serangan jantung di dalam kapal terbang Oktober lalu. Dalam pada itu, Ebby Yus turut mengakui keadaan kesihatannya tidak menentu dan perlu diberi perhatian serta sentiasa berjaga-jaga.

"Sebelum ni tak pernah jadi macam tu, ada la kadang-kadang sakit dada tapi tak ada la sampai tak sedarkan diri. Kesihatan saya tu memang lama dah on off. Kalau kita jaga ok la, kalau tak jaga itu yang menjadi kurang ok la. Tapi sekarang ni syukur Alhamdulillah la kalau nak dibandingkan dengan keadaan saya ketika pergi umrah Oktober lalu," katanya.

Sebelum ini, Ebby Yus pernah mendedahkan dia dimasukkan ke hospital di Maldives akibat serangan jantung di atas kapal terbang sebelum tiba di Makkah bagi menunaikan umrah.

Klik untuk gambar besar



Tambah Ebby Yus, sebelum ini dia membuat rawatan susulan berhubung sakitnya di Institut Jantung Negara (IJN) dengan bantuan pihak kerajaan namun kini terpaksa merujuk ke hospital lain.

"Sejak balik sini, saya belum jumpa doktor lagi... hanya di Maldives tu saja la. Saya memang dah lama makan ubat secara berterusan, doktor kata memang effect pada jantung.

"Insya-Allah saya memang dah ada temu janji bersama doktor untuk pemeriksaan jantung pada Januari tahun hadapan. Sebelum ini memang ada buat pemeriksaan di IJN dengan bantuan kerajaan tapi sekarang terpaksa tukar hospital lain,' ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: