30 November 2021

ENGGAN SUSAHKAN ISTERI - BAD INDIGO GUNA 'WALKER' UNTUK BERGERAK, URUS DIRI SENDIRI



"Lima jari kaki kiri telah dibuang. Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna ‘walker’ untuk bantu pergerakan. Paling susah nak urus diri bila dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Tapi memang saya uruskan diri sendiri sebab tak nahu menyusahkan isteri.

"Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan bagi membersihkan luka, saya akan memandu kereta sendiri. Selagi boleh, memang saya akan buat sendiri. Tak mahu ajar diri selalu mengharapkan orang.

"Bayangkan kalau orang itu ada kerja lain atau tiada, macam mana?" jelas penyanyi Bad Indigo yang kini berdepan kesukaran apabila lima jari kaki kiri terpaksa dibuang melalui proses pembedahan secara berperingkat, akibat penyakit diabetes yang dihidapi.

Biarpun pergerakkan terbatas, namun Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, dia sedaya upaya cuba menguruskan diri sendiri tanpa bantuan isterinya, penyanyi Ashira.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi berusia 46 tahun ini terpaksa menjalani pembedahan membuang jari kakinya yang sudah luka akibat penyakit diabetes yang dihidapinya pada Januari, Mac dan September lalu. Dalam pada itu, Bad menganggap dugaan yang menimpa kehidupannya itu sebagai peringatan untuk dia sentiasa mengingati Allah.

"Saya kena juga kuatkan semangat. Setiap hari saya panjatkan kesyukuran kerana di sebalik kepayahan, sekurang-kurangnya Allah masih pinjamkan lagi nyawa buat saya. Saya tidak anggap semua yang terjadi ini bala atau musibah. Bagi saya, ini adalah peringatan agar kita sebagai manusia dan hamba, sentiasa kembali mengingatiNya.

"Kalau saya tak fikir begitu, mungkin sudah lama saya akan berterusan mengalami kemurungan," ujarnya yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza untuk musim yang ketujuh (GV7) itu kepada mStar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: