16 November 2021

"OKAYLAH, INI BTS MELAYU... SANGAT KEBETULAN" - AWAL ASHAARI



"Saya pun tidak tahu yang baju ini dipakai oleh seorang anggota BTS, cuma saya dapat tahu apabila ada orang 'forward' di Twitter. Saya pun terkejut juga bila bukan saja baju sama, rambut pun sama juga. Sangat kebetulan.

"Apa yang pasti baju ini diterbangkan khas dari Paris iaitu koleksi Louis Vuitton Fall Winter 2021 untuk saya pakai pada ABPBH 34. Saya seronok sebab dapat bereksperimen dan terharu apabila peminat menghargai gaya itu.

"Okaylah, ini BTS Melayu," kata pelakon dan pengacara Awal Ashaari apabila persalinan yang digayakannya pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34), Sabtu lalu mencuri perhatian peminat kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, BTS.

Klik untuk gambar besar



Ini kerana Awal menyarungkan sut Louis Vuitton Fall/Winter 2021 yang pernah digayakan anggota kumpulan itu, J-Hope. Awal berkata, baju itu diterbangkan khas dari Paris, Perancis daripada koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 untuk digayakan pada ABPBH 34.

Menerusi komen peminat di TikTok, kebanyakannya melahirkan rasa kagum dengan penampilan Awal pada malam itu: "Ini I approved." - "POV: Awal is secretly an Army and his bias is Hobi (J-Hope)" kata beberapa warganet.

Difahamkan, Awal turut menggayakan baju yang pernah dipakai seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook sewaktu mengacarakan sebuah program. Untuk makluman, koleksi Louis Vuitton Fall/Winter 2021 diperkenalkan kepada umum pada Julai lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: