16 November 2021

"IT'S A BOY AGAIN" - SUAMI GEMBIRA TASHA MANSHAHAR SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEDUA



Alhamdulillah... tahnaih kami ucapkan kepada penyanyi Tasha Manshahar yang telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi lelaki. Berita gembira itu dikongsikan Tasha menerusi hantaran di Instagram miliknya, semalam.

Tasha atau nama lengkapnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata dia masih memerlukan rehat yang secukupnya selepas bersalin: "Alhamdulillah, saya selamat bersalin siang tadi (semalam). Syukur, kedua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat cuma mommy perlu rehat," jelas Tasha.

Dalam pada itu, suami kepada Tasha, Raqib Majid turut meluahkan rasa gembira dengan kehadiran anak keduanya: It's a boy again. Apa yang bagus tentangnya? Mommy masih kekal menjadi queen dan princess dalam keluarga kecil kita," katanya.

Raqib yang juga merupakan seorang pengacara, menitipkan doa buat anak keduanya agar dapat berjasa pada keluarga, agama, dan bangsa suatu hari nanti. Untuk makluman, Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 september 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: