04 November 2021

"SAYA TAK PERLUKAN VIEWS DARIPADA DIA..." - IQBAL TAK KISAH VIDA MELUAT, PENING



"Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah netizen yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening.

"Makan la paracetamol," itulah kata ushawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli yang enggan peduli dakwaan bekas kekasihnya, Datuk Seri Vida yang kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk publisiti.

Baru sahaja melancarkan single berjudul 'Hujan' pada Isnin lalu, selepas dua hari dimuat naik di laman YouTube, muzik video Iqbal kini sudah pun mendapat sebanyak 1 juta tontonan.

Mengakui gembira dengan komen positif diterima daripada netizen, bagaimanapun Iqbal berkata meskipun dia bukan penyanyi profesional namun nyanyiannya tidaklah teruk.

"Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: