06 November 2021

SOLD OUT LAGI - TUDUNG BARU DILANCAR FAZURA HABIS DALAM MASA 45 MINIT SAHAJA..!



"Sold in 45 mins.. MasyaAllah Tabarakallah.. Thank youuuu my darlings!" demikian tulis Pelakon Nur Fazura, 38, apabila tudung keluarannya menjadi fenomena sejak kebelakangan ini.

Ia susulan harganya yang berpatutan dan semua golongan mampu membelinya. Malah tudung sebelum ini juga habis terjual dalam tempoh dalam dua jam dan didakwa bernilai kira-kira RM2.16 juta.

Semalam (Jumaat 5 November 2021), Fazura sekali lagi telah melancarkan satu lagi koleksi dibawah jenamanya dan menjualnya melalui IG live. Seterusnya dalam hanya 45 minit, dia memaklumkan yang koleksi tersebut telah habis diborong para peminatnya.

Klik untuk gambar besar



Sehubungan itu, ada peminat yang mendakwa gagal membeli koleksi tudung Fazura yang terkini itu termasuk tudung sebelumnya.

"Baru je nak beli, semuanya dah licin," komen mereka melalui media sosial.

Tahniah diucapkan... moga selepas ini rezeki Fazura akan bertambah memandangkan produknya yang berkualiti dan mampu milik.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: