17 November 2021

"TAK SALAH TIRU WATAK... SEELOKNYA MINTA IZIN" - SHAHROL SHIRO



"Tak salah kita membuat persembahan meniru watak seseorang tetapi seeloknya minta keizinan supaya tidak menyinggung mana2 pihak. Dulu sy pernah meniru watak Abg Nasir Bilal Khan dan sebelum itu sy berhubung dgn beliau dan mohon keizinan terlebih dahulu.

"DSNR tiada masalah tetapi netizen dan penonton kurang senang dengan persembahan mereka. Atas faktor itu beliau berjumpa dan memohon maaf secara terbuka. Alhamdulillah DSNR dan bagi pihak isterinya menerima permohonan maaf tersebut. Ayat yg paling win beliau ckp "Orang fitnah sy jika mohon maaf pun sy maafkan, inikan pula meniru watak saya". Memang seorang pemimpin berjiwa besar.

Tahniah kumpulan Puteh yg berani tampil menjernihkan keadaan dan menjadi contoh yg baik. Sama2 kita doakan kejayaan mereka," tulis pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro, 37, menerusi laman Instagram dimana dia menyarankan kepada golongan pelawak yang mahu meniru watak seseorang perlulah meminta izin tuan badan terlebih dulu agar tidak menyinggung mana-mana pihak ketika ia dipersembahkan sebagai bahan lawak kepada penonton.

Klik untuk gambar besar



Hantaran berbaur peringatan penting ini dibuat Shahrol Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi di Instagram selepas berkongsi beberapa keping foto dia bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Ali, Mamak dan Vicha bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Melaka untuk memohon maaf.

Sebelum ini, tular di media sosial video persembahan kumpulan Puteh di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), malam Ahad lalu yang didakwa netizen mempersendakan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru, kumpulan pelawak popular itu digesa memohon maaf secara terbuka. Malah, Puteh yang menyedari kesilapan dilakukan mereka tidak berlengah tampil memohon maaf secara bersemuka dengan Najib.



Sementara itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika ditemui media mengakui dia dan dua rakannya sudah membuat kesilapan apabila menjadikan Najib dan isteri, sebagai bahan jenaka mereka dalam persembahan di pentas MLM 2021 itu.

"Apa yang sudah berlaku dalam persembahan jenaka kami itu memang tidak disengajakan kerana niat sebenar hanya mahu menghiburkan semua peminat Puteh dan juga penonton. Malangnya saya akui ini adalah kekhilafan kami dan untuk itu perlulah berjumpa dengan beliau (Najib) untuk kami sendiri memohon maaf terus kepadanya secara terbuka," katanya.

Ali berkata, apa yang sudah berlaku memang kesilapan Puteh dan mereka bertiga sepakat mahu terus berjumpa Najib secara bersemuka untuk memohon maaf di atas kekhilafan dibuat. Katanya, dia bersyukur sudah pun mendapat kemaafan daripada Najib dan selepas ini lebih berhati-hati dalam 'content' persembahan Puteh.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: