27 November 2021

TERJATUH KETIKA AMBIL WUDUK - ROY TERLANTAR DI HOSPITAL SEJAK TIGA MINGGU LALU



"Berkemungkinan besar Roy tidak mampu lagi mencari rezeki melalui 'busking' untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan," itulah kata wartawan Garasi TV, Syahril Kadir, mengenai penyanyi Roy, 57, yang kini terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.

Menurut Syahril, penyanyi lagu 'Ratnaku' itu sudah hampir tiga minggu berada di wad kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.

Pada Januari lalu, Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi, 57, pernah dijangkiti wabak tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai 'buskers' di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: