24 November 2021

TULAR VIDEO LELAKI BERBAJU MELAYU PUTIH BERSAMA SEORANG WANITA - TAUKE KAHWIN LAGI?



Nama pelawak Tauke Jambu kembali hangat diperkatakan selepas tular di media sosial beberapa video serta gambar miripnya menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 44, didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Shu. Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang.

"Congratulations Shu (nama pengantin perempuan), semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya... saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak," kata individu berkenaan.

Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan komen netizen yang keliru dengan situasi itu memandangkan Tauke sudah memiliki isteri bernama Nadia Mohd Affendi. Malah, ada yang mempersoalkan bilangan perkahwinan pelawak popular itu.

Klik untuk gambar besar



"Kalau benar benda ini tidak betul atau sekadar penggambaran, jangan buat 'content' begini kerana boleh menimbulkan fitnah. Kalau betul cakap betul, salah cakap salah" komen seorang netizen.

"Selamat berpoligami Shu, yang pergi biarkan dia pergi sebab yang terbaik mesti datang lambat. Sesungguhnya Allah lebih tahu segala-Nya," kata seorang pengguna TikTok.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Tauke sedang menjalani penggambaran drama. Malah, Tauke dilihat ada memuat naik gambarnya memakai baju Melayu putih menerusi laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, cubaan media menghubungi Tauke dan Nadia bagi mendapatkan pengesahan tidak berjaya apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.



Pada 2019, Tauke menafikan dia menceraikan Nadia melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun itu. Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga. Ia mula goyah apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, Nadia ketika dihubungi wartawan ketika Tauke ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ogos lalu mendakwa dia masih isteri kepada Tauke.

Untuk makluman, Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kesahihan mengenai perkara itu daripada tuan badan sendiri.







KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON:


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: