24 November 2021

KELIBAT DI MAJLIS NIKAH 'TAUKE' - ACONG SWEETCHILD AKUI TAK TAHU, LAMA TAK JUMPA



"Alamak! Saya tidak tahu kerana sudah lama tidak berjumpa dia (Tauke). Saya kini sedang sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM)," itulah kata penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild yang mendakwa dia sudah lama tidak berjumpa Tauke.

Penyanyi kumpulan Sweetchild itu ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu menahu mengenai majlis itu kerana sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

Acong diajukan mengenai gosip pernikahan Tauke kerana kelibatnya berbaju Melayu hijau dilihat di dalam masjid bersama pelawak itu dengan seorang wanita yang tular semalam.

Menguatkan lagi telahan itu apabila gelang yang sering dipakai Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat turut berada di tangan lelaki berbaju hijau itu.

Klik untuk gambr besar



Sementara itu, cubaan media menghubungi Tauke dan isterinya, Nadia Mohd Affendi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Malah, ketika wartawan menghubungi Nadia, Tauke yang menjawab panggilan itu. Bagaimanapun, dia meletakkan telefon sebaik saja namanya dipanggil.

Terdahulu, beberapa gambar Tauke menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah tular di media sosial, semalam.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Shu menerusi beberapa video yang dimuat naik itu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: