26 November 2021

ULAR KEKENYANGAN DUA KALI CEROBOH REBAN AYAM - ERMA FATIMA LUAH BIMBANG, TRAUMA



Bimbang dan trauma... demikian yang dirasai oleh pengarah dan pelakon Erma Fatima apabila seekor ular sawa sebesar paha melingkar kekenyangan di dalam reban ayamnya.

Erma berkata, reptilia itu berjaya menelan seekor ayam di dalam reban yang terletak di hadapan kediamannya di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor pada Rabu. Bagaimanapun, Erma memberitahu ular tersebut tidak berjaya ditangkap selepas dia memanggil bomba.

"Semalam saya baru balik dari Kedah saya turun tengok dalam sangkar tu ada ular tengah belit ayam. Sekarang aku bela ular bukan bela ayam. Kita panggil bomba tapi sementara bomba tu nak sampai ular sudah lari.

"Tadi pagi (Khamis) saya punya tukang kebun nampak ular tu lagi tengah tidur dalam reban, saya panggil lagi bomba lepastu ular tu lari lagi. Masih terlepas lagi ular tu," katanya.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 53, berkata, dia mula berasa takut dan lebih-lebih berhati-hati kerana bimbang ular tersebut muncul lagi dan masuk ke dalam rumah.

Klik untuk gambar besar



"Kita jadi fobia la, walaupun ular tu kat luar rumah tapi kita yang dalam rumah ni jadi fobia takut kalau-kalau masuk dalam rumah jadi seriau juga la. Tapi syukur la setakat ni ular tu tak masuk dalam rumah, dekat rumah ada mak saya.

"Ular tu besar, gemuk sebesar paha saya tapi panjang saya tak pasti berapa meter tapi kalau belit orang memang tak selamat. Ular tu buat lubang dari tanah masuk dalam reban tu sebab sebelum ni memang ada ayam hilang rupa-rupanya kerja ular tu," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak menafikan ular sawa itu datang dari hutan berhampiran kediamannya: "Tingkap semua saya selalu tutup sebab kawasan rumah saya ni dekat dengan kawasan hutan jadi memang tempat laluan ular tu la kot.

"Saya dah tutup lubang-lubang guna simen, saya suruh tukang kebun buat tapi tak mustahil benda tu akan datang balik sebab ular boleh buat lubang lain walaupun sudah letak belerang tapi masih tak berkesan," tambahnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: