26 November 2021

"KAMI SUDAH TINGGAL BERASINGAN, SEJAK 3 BULAN LALU..." - AISHAH TUNGGU MASA JATUH TALAK



"Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini.

"Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh," itulah jelas penyanyi Aishah yang mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini di ambang perceraian.

Dalam pada itu, penyani lagu 'Janji Manismu' itu berkata, dia berkongsikan mengenai hal rumah tangganya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya bagi mengelakkan fitnah.

"Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. Siapa tak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi saya akur dengan ketentuan Tuhan," katanya kepada Berita Harian.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: