26 November 2021

SEKITAR PERNIKAHAN YONNYBOII & NIK NAZIRA... SIAP NYANYI LAGI



"Bismillah, I married my bestfriend.

"Kami melangsungkan majlis nikah yang kecil dan intimate.

"Jumpa nanti pada majlis sanding kami tahun depan," kongsinya.

Menurut Yonnyboii lagi, dia menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga memintanya mempercepatkan majlis. Majlis ringkas itu bersaksikan 20 orang ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

"Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja.

"Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan," tambahnya dipetik sebagai berkata pada media.

Tahniah diucapkan..!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: