23 November 2021

VIDEO - IBU NUBHAN TERKEJUT HARGA HADIAH BEG LV RM14,200



"Reaction omak bila tengok harga bag LV πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™ŠTak pasal aku kena tempik! 😭," kongsi penyanyi Nubhan, AF6.

Semuanya gara-gara dia menghadiahkan ibunya, Badariah Omar, 76, sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga RM14,200.

“Selepas saya membeli beg itu mak begitu terkejut dan tak sangka dekat dunia ini ada beg yang berharga sebegitu. Dia terkedu dengan nilai beg yang dipilihnya itu.

“Sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa kali dia tanya kepada saya adakah benar harga beg itu RM14,200 dan menganggap saya ‘gila’ kerana membeli beg itu untuk dirinya.

“Sebelum ini saya memang selalu hadiahkan mak barang tapi dia tak tahu nilai barang berkenaan. Tapi kali ini saya bawa mak ke butik untuk dia pilih mengikut cita rasanya,” ujar Nubhan dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.


KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO: https://fb.watch/9sndMsyalT/


Video: Nubhan IG

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: