23 November 2021

"TAK ADA DENDAM, SAYA MEMAAFKAN MEREKA..." - ALIFF AZIZ JUGA MOHON MAAF



"Orang akan terus bercakap. Tapi, saya tak ada dendam apa-apa pun. Saya memaafkan mereka dan dalam masa sama, saya minta maaf juga kepada semua yang mungkin pernah berasa tidak senang dengan sikap atau kelakuan saya dulu. Saya tak nak dendam. Saya nak hidup berlapang dada dan nak fokus pada apa yang saya nak buat saja.

"Namun, saya pun tiada daya untuk mengawal mulut atau kecaman orang," kata penyanyi dan pelakon sensasi dari Singapura, Aliff Aziz, 30, yang rela memaafkan dan dia juga memohon maaf kepada semua yang mungkin pernah berasa hati dengan sikap atau kelakuannya dulu.

Susmai kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu berkata biarpun kini dia sudah berubah ke arah kebaikan untuk mencari reda Allah dalam kehidupan di akhirat nanti, namun dia sedar orang akan terus bercakap mengenai kekhilafan dirinya yang lalu.

Klik untuk gambar besar



Aliff yang kini bersaing di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mulai malam semalam, nampaknya berjaya mengungguli tangga teratas dengan memperoleh jumlah markah 74.6 peratus, sekali gus mengetepikan 12 lagi peserta lain.

Dalam pada itu, Aliff turut berkata sama ada kita baik atau jahat macam mana pun, atau cuma menjadi diri sendiri pasti akan sentiasa ada orang yang bercakap mengenai kita dan tidak berpuas hati.

"Macam Ummi saya selalu cakap, memuaskan hati semua orang adalah satu perkara yang mustahil. Sebab, orang baik pun ada yang tak suka, inikan pula saya yang banyak khilaf dan kelemahan diri, lagilah orang tak suka.



"Tapi, sekarang saya cuma nak fokus pada perkara yang positif saja. Kalau nak terus fikir yang negatif itu, nanti malam-malam nak tidur pun tak dapat dan asyik teringat saja. Ditambah, saya kini masih belajar lagi untuk tidak memikirkan perkara yang tidak perlu," ujarnya.

Bapa kepada sepasang cahaya mata ini berkata, dia sebenarnya tidak mahu juga membiarkan diri diselubungi sifat dendam walau tahu orang akan tetap mengaitkannya dengan hal aib yang lalu.

Terdahulu, pada Ogos lalu Aliff dikatakan sudah semakin aktif mendalami ilmu agama dengan menyertai kumpulan tabligh yang juga disertai beberapa selebriti lain seperti Nabil Ahmad, Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: