19 December 2021

AFIEQ SHAZWAN: "DAH TAK ADA RUMAH SEKARANG, SAYA & MAMA (NENEK) TERPAKSA TINGGALKAN..."



Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 24, menerusi laman Instagram Story miliknya telah memaklumkan dia sudah meninggalkan rumah didiami bersama neneknya, Puan Noor, 70, akibat situasi banjir yang semakin buruk di Klang, Selangor.

"Saya dah tak ada rumah sekarang. Saya dan mama (nenek) terpaksa tinggalkan rumah kami serta mencari tempat berteduh sementara kerana keadaan banjir yang membimbangkan," katanya.

Afieq sebelum ini menerusi beberapa hantaran di Instagram Story juga berkongsi keadaan di dalam rumahnya yang dinaiki air dan difahamkan berlaku sejak tengah malam lagi.

Dalam hantaran di Instagram, Afieq turut memperlihatkan dia sibuk mengemas barang di dalam biliknya yang dinaiki air paras buku lali ketika itu dan katanya, apa yang berlaku tidak pernah diduga.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak pernah sangka akan alami perkara begini (banjir). Saya pun tak pernah terfikir dek akal yang bilik tidur saya akan jadi macam ini. Sedih, Allahu akhbar, besar kuasaMu ya Allah.

"Saya dan mama akhirnya terpaksa meninggalkan juga rumah kami kerana bimbang mama pun sudah berusia. Sejak semalam, saya puas pujuk dia untuk sama-sama ikut keluar atas sebab keselamatan," ujarnya.

Dalam pada itu, Afieq mohon doa semua buat dia dan neneknya termasuk semua mangsa-mangsa banjir lain yang berada di dalam keadaan lebih teruk dan terdesak.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: