13 December 2021

AKHIRNYA HARI TERAKHIR FAZLEY DI GEGAR VAGANZA JADI KENYATAAN



Setelah bertahan selama empat minggu, penyanyi Fazley Yaakob diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), malam ini.

Pada konsert tersebut, Fazley telah ditanya oleh juri Syafinaz sama ada dia mahu meneruskan menyanyi atau tetap dengan kerjaya cef, pilihannya mahu terus dengan menyanyi.

Soalan itu seolah-olah memberi bayangan yang Fazley kemungkinan bakal tersingkir apabila mendapat markah rendah.

Sebelum ini, pelbagai kecaman yang dilontarkan pada penyanyi itu, malah ada mendoakannya tersingkir, namun Fazley tetap tidak mengambil hati.

Klik untuk gambar besar



Berikut adalah jumlah markah peserta:

• Adibah Noor (Oika) -78.1%
• Nikki Palikat (Zombie) -76.6%
• Suki Low (Jarnpi) -75%
• Aweera (Bila Cinta) - 72%
• Shidee (Hati Yang Terluka) - 69.1%
• Aliff Aziz (Jika Kau Rasa Getarnya) - 68.4%
• Azan Scan (Dir) - 68.1%
• SaYa (Getaran Jiwa) - 64.8%
• Ani Maiyuni (Lebih Indah) - 57.8%
• Bandi (Satu Kesan Abadi) -55.5%
• Upiak (Cinta Sejati) - 50.50%
• Datuk Fazley (Mahligai Syandu) - 50%


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: