13 December 2021

M NASIR POSITIF C0V1D - ISTERI MOHON DOA



"Alhamdulillah, keadaan Datuk baik, dia sedang berehat. Doakan semoga Datuk segera sembuh dan terima kasih semua yang mendoakan kami," demikian kata isteri kepada penyanyi Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa yang memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja selepas positif C0V1D pada pagi Isnin.

Dalam masa sama, Marlia memberitahu mereka berdua kini sedang menjalani kuarantin di rumah. Dia turut memohon orang ramai mendoakan agar penyanyi lagu 'Mentera Semerah Padi' ini segera sembuh dan pulih seperti biasa.

"Semalam Datuk buat rapid test kit kerana sepatutnya dia ada program pada tengah hari tapi ujian dibuat mendapati dia positif. Kami terus ke klinik buat PCR dan pagi ini keputusan masih positif. Jadi sekarang kami berdua berada di rumah dan perlu menjalani proses kuarantin," jelasnya.

Difahamkan, kali terakhir, M Nasir membuat persembahan semasa program Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang diadakan pada malam Jumaat lalu.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: