"Saya juga alami benda yang sama. Resort saya hampir musnah kerana banjir. Tidak pernah saya menjangkakan seteruk ini. Jalan sudah tidak boleh dilalui, landskap semua habis rosak. Saya tidak dapat membayangkan apa anda semua lalui.
"Saya bersimpati dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia meluahkan rasa sedih berikutan resort miliknya di Janda Baik hampir musnah dilanda banjir.
Aliff yang kini bercuti di Istanbul, Turki memaklumkan resort Sugeh Hill Exclusive Eco Resort itu terjejas akibat banjir sehingga peralatan dan landskap pusat peranginan itu telah hanyut dibawa arus.
"Allahakbar 😰. Perasaan saya sangat sedih dan pilu. Tak sangka Malaysia dilanda banjir seteruk seperti ini... Tak terkecuali Resort saya di Janda Baik juga mengalami banjir lumpur dan air deras.. banyak harta benda musnah, binatang mati... tapi saya lega... semua pelanggan saya selamat...
Klik untuk gambar besar
"Mohon maaf juga saya lambat dapat info, Line di sini tidak berapa baik... Nak tau upte kerosakan resort sy follow jer ig @sugehecoresort ada upte d sana..
"Kepada semua pengunjung @sugehecoresort jangan risau, kami beri kebenaran kepada anda utk menunda tarikh percutian anda... dan kepada yg terkandas di @sugehecoresort, kami sedia membantu anda utk terus tinggal sementara keadaan kembali.
"Kepada mereka yang terkesan dengan banjir ini, InshaALLAH sampainya saya di sana, saya akan bantu anda di sana nanti. Aminn Ya rab 🤲. Boleh tak korang kongsikan lokasi tempat engkau orang yang mana teruk dilanda banjir mana tahu saya boleh tolong ke sana untuk membantu anda semua amin Robah alamin," tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia bersama pasukannya akan turun membantu mangsa banjir sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti. Sementara itu, isterinya Datin Nur Shahida sempat berkongsikan pelanggan di resort mereka berada dalam keadaan selamat.
________________________
No comments:
Post a Comment