20 December 2021

MANGSA BANJIR BERLINDUNG DI MASJID - RITA RUDAINI PERSOAL SOP, V@KS1N



"Masa ni kena scan My Sej@hter@ jugak tak? Kena soal ada v@ks1n ke tak nak v@ks1n masuk masjid? Tanye jerrr," tulis pelakon Rita Rudaini menerusi Insta Story miliknya dimana dia mempersoalkan adakah mangsa banjir perlu mengimbas MySej@hter@ sebelum masuk ke masjid dan adakah mereka disoal sama ada mengambil v@ks1n atau tidak.

"Tuhan bagi pinjam bumi Dia, permudahkan apa yang patut.. Tapi hangpa buat macam dunia ni hangpa yang punya.. Sampai nak susahkan hidup orang yang taknak menurut kata hangpa," tambahnya lagi yang turut menyifatkan Tuhan telah memberi pinjaman di bumi-Nya, namun ada yang tidak mahu mengikut perintah.

Sejak Sabtu, negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti pada Jumaat lalu. Susulan banjir yang berlaku, ada yang berlindung di pusat perlindungan seperti di masjid.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: