20 December 2021

BERSYUKUR DAPAT BERI BANTUAN - ISMAIL IZZANI SEDIH LIHAT KUCING MATI AKIBAT BANJIR



"Alhamdulillah for yesterday. Insyaallah dengan apa yang me and my friends tolong dapat membantu keluarga keluarga di kawasan Hulu Langat. I am so grateful to be there myself and help.

"Ya Allah please protect us .. guys be safe out there and don't hesitate to ask for help. Insyaallah we help each other dengan apa yang kita mampu. ALL LOVE," tulis penyanyi Ismail Izzani menerusi laman Instagram.

Sejak semalam, orang ramai dan pihak bukan kerajaan (NGO) kini sedang sama-sama berganding bahu membantu pihak berkuasa membantu mangsa-mangsa banjir.

Klik untuk gambar besar



Malah, ramai selebriti turut turun padang untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan dengan bencana itu. Begitu juga Ismail Izzani yang turut serta dalam misi tersebut dengan yang membawa barang keperluan untuk diedarkan kepada penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ismail turut berkongsikan keadaan di sana dimana kebanyakan penduduk sudah pulang untuk membersihkan rumah selepas banjir surut. Namun, lebih menyedihkan penemuan beberapa ekor kucing yang terbujur kaku kerana lemas selepas gagal menyelamatkan diri.

Dalam satu perkrongsian di Instagram, Ismail turut meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu keluarga yang terjejas di kawasan tersebut dan mereka akan terus membantu dengan apa yang termampu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: