"Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi," itulah tulis usahawan, Liana Rosli yang meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan apabila anak keempatnya, Cinta Carissa sudah mula tumbuh gigi diusianya yang baru dua hari.
Liana atau sinonim disapa sebagai Kak KM telah berkongsi video di laman Instagram yang merakamkan bentuk gigi dan gusi anaknya dan ia menjadi perhatian dann buah mulut netizen.
Malah hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 130,000 tontonan bersama komen pengikut yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing.
Untuk makluman, Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg. Selain Cinta, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment