31 December 2021

FIKIR ANAK-ANAK KECIL DI RUMAH - NIA RAMADHANI MOHON HUKUMAN DIRINGANKAN



Pelakon Indonesia sensasi iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardi Bakrie memohon agar pihak mahkamah meringankan hukuman mereka, selepas lima bulan menjalani rawatan pemulihan dadah.

Ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Nia yang dikenali ramai dengan lakonannya dalam sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' itu meminta tempoh pemulihan yang sepatutnya berlangsung selama 12 bulan dipendekkan.

Nia memohon agar pihak mahkamah mengurangkan tempoh hukuman itu adalah kerana memikirkan anak-anaknya memerlukan dia dan suami disisi mereka.

Menurut Nia semasa sesi perbicaraan, dia sudah pun menyesal atas segala hal yang dilakukan olehnya dan kini banyak menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Klik untuk gambar besar



Menurut Liputan 6, dengan mendekatkan diri kepada Allah membuatkan dirinya lebih berserah atas apa yang berlaku serta yakin segala yang terjadi dalam hidup beliau ada hikmah disebaliknya.

Terdahulu, Nia memberi alasan dirinya terlibat dalam penyalahgunaan dadah atas kerana masih berasa duka atas pemergian bapanya sejak tahun 2014.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: