21 December 2021

BILA IQBAL MOHON MAAF, SUDAH HANTAR HADIAH ISTIMEWA BUAT ROSSA



"Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Rossa atas gosip yang berlaku di Malaysia sehingga banyak media yang menulis. Saya sebenarnya tidak mahu memetik nama Rossa kerana satu nama besar, tidak layak untuk digosipkan dengan saya, saya rasa bersalah.

"Setiap hari saya berfikir jika saya tidak memohon maaf secara terbuka begini, saya teruk dikecam di Malaysia oleh kerana seperti saya tidak sedar diri untuk mendekati Rossa. Saya sedar diri saya.

"Apabila Rossa tidak mengenali saya, sedikit pun saya tak berkecil hati, saya sedar diri saya bukanlah seorang yang hebat, saya hanya orang biasa sahaja," kata usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa, menerusi sebuah video di laman Instagram.

Menurut Iqbal, dia berbuat demikian ekoran gosip yang timbul mengaitkan namanya dengan Diva Indonesia tersebut sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu, Iqbal juga menyatakan hasrat sebenar untuk menawarkan Rossa menjadi duta produknya.

Klik untuk gambar besar



"Dari dulu saya meminati dan dengar lagu-lagu Rossa, saya takut beliau tidak selesa apabila berjumpa dengan saya nanti. Sebetulnya, saya ada niat yang lebih serius iaitu untuk mengambil Rossa sebagai duta produk saya, minyak wangi yang dibuat di Perancis. Itu menjadi keutamaan saya di masa hadapan. Saya sedar diri saya yang hanya seorang peminat, tidak lebih dari itu," ujarnya.

Oleh yang demikian, Iqbal yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk mendekati pesohor Indonesia itu, telah menghantar hadiah istimewa kepada penyanyi negara seberang itu sebagai satu tanda permohonan maaf.

"Saya telah menghantar hadiah yang agak istimewa kepada Rossa, anggaplah itu sebagai permohonan maaf. Saya sangat berharap Rossa menerima hadiah yang saya belikan, cantik dan sesuai untuk Rossa. Saya mahu lihat Rossa pakai apa yang telah saya belikan itu," tambahnya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: