21 December 2021

DIKECAM MENGELUH MANGSA BANJIR 'DEMANDING' - SUAMI NORA DANISH AKUI TAK TERKESAN



Selepas menerima pujian ramai kerana membantu mangsa banjir yang terkandas di Taman Sri Muda, terkini suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazr atau lebih dikenali sebagai Boss Ned pula dikecam gara-gara mengeluarkan kenyataan mendakwa mangsa banjir 'demand' kerana meminta pelbagai barangan.

Menerusi perkongsian di Twitter, Nedim kecewa apabila dia mengharungi banjir namun ada yang tidak mahu dibantu sebaliknya mahukan selimat dan barangan lain. Perkongsian Nedim itu telah mengundang kecaman netizen yang berpandapat permintaan mangsa itu adalah keperluan yang munasabah.

Klik untuk gambar besar



Malah ada yang kecewa dengan Nedim serta meminta supaya dia berhenti daripada melakukan kerja sukarela itu jika tidak memahami situasi mangsa terlibat.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nedim berkata dia tidak terkesan dengan segala kecaman netizen dan turut disertakan emoji ketawa. Kata Nedim lagi, dia yang turun padang melakukan misi menyelamat itu dan bukan mereka yang mengecam.

Sebelum ini, Nedim meluahkan rasa sebak apabila berjaya menyelamatkan dua orang bayi yang sudah dua hari terperangkap dalam banjir bersama ahli keluarga yang lain.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: