21 December 2021

"TAK PE SERA KAU INGAT YE.. APA-APA JADI PADA AKU SELEPAS NI... KAU PUNCANYA" - SHUK



Nampaknya masalah yang melanda rumah tangga pelawak Shuk Sahar tidak berkesudahan apabila isterinya, Rossa Sera sekali lagi tampil berkongsi satu hantaran dimana dia mengucapkan terima kasih buat suaminya di atas ucapan sempena ulang tahun kelahirannya.

Serra turut memuat naik perbualan antaranya dengan suami di media sosial. Difahamkan, Shuk cuba memujuk Serra pulang ke Sabah untuk berbincang namun tidak dilayan. Apa yang menjadi perhatian, Shuk seolah memberi amaran kepada Sera supaya tidak menyesal jika sesuatu berlaku pada dirinya.

"Tak pe Sera kau ingat ye.. apa-apa jadi pada aku selepas ni jangan kata tak ada kaitan, kau ingat Sera kau puncanya. Terima kasih. Selamat hari jadi aku doakan kau panjang umur, murah rezeki dan dipanjangkan usia untuk anak-anak aku sebab kau tetap ibu anak-anak aku," katanya.

Awal November, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: