21 December 2021

6 TAHUN JADI IBU TUNGGAL - OKTOVIA MANROSE KINI SAH ISTERI BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan buat anak kepada penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor iaitu pelakon Oktovia Manrose apabila dia kini telah pun sah bergelar isteri bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, dengan sekali lafaz.

Oktovia dan Khairul Efsan yang merupakan bekas pemain bola untuk kumpulan Melaka United itu disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam di sini sebentar tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Klik untuk gambar besar



Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Untuk makluman, Oktovia yang cukup dikenali menerusi filem 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: