14 December 2021

BILA UPIAK SEDIH FAZLEY TERSINGKIR



"Ramai orang terkesan dengan penyingkiran saya dari Gegar Vaganza minggu lalu dan menyatakan Upiak lebih layak dikeluarkan berbanding dengan saya. Perbezaan markah yang begitu kecil antara kita walaupun katanya nyanyian Upiak kurang sempurna bila berbanding dengan saya.

"Jika minggu lalu, ramai mendoakan saya keluar, tetapi minggu ini, apabila saya terkeluar, ramai yang tidak berpuas hati pula. Ini lumrah pertandingan. Saya tidak berkecil hati atau terkilan.

"Kenapa Upiak menangis? Sebenarnya kami sangat akrab sepanjang pertandingan. Kerana beliau tidak ada saudara mara dan kenalan rapat di sini, jadi sayalah tempat untuk Upiak berkongsi suka dan duka setiap hari.

"Kebetulan pula kampung Upiak di Bukit Tinggi bersebelahan kampung asal usul ibu saya di Pagaruyung. Sudah tentulah banyak titik persamaan diantara kami berdua.

Klik untuk gambar besar



"Saya lebih terkesan melihat rintihan dan tangisan Upiak malam itu berbanding penyingkiran saya sendiri. Saya pun terima segalanya dengan hati sangat terbuka. Apabila kita mengatur, Allah akan menyusun dengan lebih baik.

"Adindaku Upiak, Abang sentiasa mendoakan kekuatan dan kejayaan Upiak. Selamat berjuang!" tulis penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram miliknya.

Fazley, 43, berkongsi mengenai keakrabannya dengan penyanyi Indonesia, Upiak Isil, 35, yang juga rakan seperjuangan di dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Perkongsian dibuat Fazley itu menjawab persoalan ramai netizen apabila tular di media sosial mengenai kisah Upiak yang menangis teresak-esak selepas penyanyi lagu 'Asmara Ini' diumumkan tersingkir, Ahad lalu.


KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: