14 December 2021

GAGAL DIHUBUNGI - PEMBIDA HILANGKAN DIRI SELEPAS BERJAYA BIDA HARTA SAJAT?



"Saya berhubung dengannya melalui panggilan dan aplikasi WhatsApp beberapa kali, namun dia memberi alasan urusan di bank belum selesai. Selepas menunggu sehingga jam 4.10 petang, dia tidak memunculkan diri, malah nombor telefonnya juga gagal dihubungi," kata peguam Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Zeti memberitahu, pembida yang berjaya dalam lelongan awam harta Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan bidaan tertinggi RM132,000, dikatakan menghilangkan diri apabila gagal dihubungi hari ini.

Difahamkan, lelaki itu tidak dapat dihubungi peguam plaintif selepas keluar untuk membuat bank draf sebaik selesai proses bidaan di kediaman usahawan kosmetik itu di Kota Damansara, di sini tengah hari tadi.

Menjelaskan situasi, Zeti berkata, lelaki berkenaan memberi alasan untuk ke bank bagi menyelesaikan urusan bayaran bidaan dan berjanji kembali semula sebaik selesai urusannya.

Pihaknya memberi masa kepada pembida untuk hadir membuat bayaran berkenaan sehingga jam 3.30 petang dan dilanjutkan ke 4.10 petang, namun lelaki itu masih tidak dapat dihubungi menyebabkan bidaannya dikira terbatal.

Selain itu, katanya, deposit berjumlah RM5,000 yang dibayar pembida terbabit juga tidak dikembalikan. Berikutan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya akan mengemukakan satu tarikh baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada minggu hadapan, untuk proses lelongan semula.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: