14 December 2021

TAK HABIS LAGI DIKRITIK, MAK MENTUA TERBABIT SEKALI - NETIZEN NASIHAT FAZLEY BUAT REPORT



"Siapa yang nombor satu malam ni kita bagi dia menyanyi dua kali minggu depan. Yang biasa-biasa tu biarlah dengan seribu satu alasan macam mak mentua dia," itulah tulis netizen berkenaan menerusi satu hantaran di Twitter dimana dia mengecam hingga membabitkan ibu mentuanya yang dipercayai ditujukan kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Biarpun sudah tersingkir pada konsert keempat Ahad lalu, namun nama bintang Gegar Vaganza musin kelapan (GV8), nama Fazley masih lagi hangat diperkatakan.

Susulan itu, ciapan tersebut telah mendapat perhatian Fazley yang terus membalas sindiran individu berkenaan: "Ada orang hantar ni, wah dia main mak-mak lah, terima kasih," katanya ringkas.

Ekoran daripada respon berkenaan, ramai peminat Fazley menganggap kecaman individu tersebut sebagai satu daripada pembulian siber. Malah, ada juga yang meminta Fazley melaporkan kejadian tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Jangan suka buka aib orang, nanti binasa diri". - "Boleh report terus ke SKMM". - "Seronok betul netizen tulis gitu, kemain betul," komen beberapa netizen.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: