14 December 2021

ZAIN, AAISYAH DISAHKAN POSITIF BULAN LALU - KINI SUDAH PULIH SEPENUHNYA



"Saya dan Zain merancang bercuti ke pulau berkenaan selama seminggu. Sepatutnya, kami pulang sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan pada 11 Disember lalu. Apa nak buat, kami tidak mampu menghalang semua ini. Zain sepatutnya menjalani penggambaran sebuah drama, bulan lalu juga terpaksa menolak tawaran.

"Zain memang mempunyai gejala seperti batuk, selsema dan demam. Cuma, kami kurang pasti dari mana terkena jangkitan, kemudiannya terkena pula pada Aaisyah. Bagaimanapun, Aaisyah hanya mengalami demam sahaja, deria rasa masih ada.

"Namun, saya dan dua anak lelaki disahkan negatif. Bagaimanapun, suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya," demikianlah kata pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan yang memaklumkan suami, pelakon Zain Saidin dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana kini sudah pulih selepas disahkan positif C0V1D, bulan lalu.

Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan Aaisyah dijangkiti selepas sehari Zain disahkan positif. Tambah Che Ta lagi, suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Klik untuk gambar besar



"Kasihan tengok Aaisyah. Walaupun deria rasa tidak hilang, tetapi kurang berselera makan. Secara kebetulan, ibu berada di rumahnya di Subang Jaya, selalunya banyak berada di Kedah. Jadi, saya dan Aaisyah memilih menumpang di rumah ibu, manakala suami pula menjalani kuarantin di rumah kami. Dua anak lelaki memilih menemani dan menjaga Zain di rumah," jelasnya.

Sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan selebriti ini terganggu selepas keadaan Zain dan Aaisyah tidak mengizinkan. Disebabkan situasi tidak terduga, Che Ta berkata, perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi terpaksa ditunda dan secara peribadi, dia tidak suka situasi berkenaan berlaku.

"Memang habis segala perancangan termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan. Zain sudah lengkap dua dos vaksinasi, namun, tetap terkena juga. Virus ini memang ada hidup di sekeliling kita sekarang.

"Jadi, reda sahaja apabila ahli keluarga dan adik beradik positif C0V1D. Apa yang penting, terus berhati-hati," ujarnya turutn memberitahu ibu dan adik beradik turut positif, beberapa bulan lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: