14 December 2021

39 BARANG SELESAI DIBIDA PADA HARGA RM132,000 - INI SENARAI HARTA SAJAT YANG DILELONG



Proses lelongan yang berlangsung selama hampir dua jam berakhir apabila seorang lelaki bernama Mohd Syazwan berjaya memperoleh kesemua 39 barangan usahawan kosmetik, Sajat dengan bidaan tertinggi bernilai RM132,000.

Set barangan di ruang tamu, dapur dan bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Kota Damansara kini berpindah hak milik kepada lelaki terbabit.

Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu menurut peguam Zeti Zulkifli yang ditemui mStar, bidaan dibuat sebanyak enam kali membabitkan lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga. Proses bidaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa.

Difahamkan, pembida perlu menyediakan wang tunai RM5,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu. Kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM75,000.

Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, set almari baju, perhiasan, set meja makan, kerusi antik, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, jam dinding antik, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lampu syiling, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: